Jenaka from tajam_akal
Rona Realiti from tajam_akal
“You know Han, my hubby tu selalu tak ada kat rumah. Dia balik rumah dua minggu sekali.sibuk dengan kerja dia je. I sunyi tau duduk rumah sorang-sorang. I need fun lah. I know my Hubby tu lurus bendul orangnya. Dia tak tahu pun I keluar dengan lelaki lain. Dia percayakan I lah,” jelas Renna selamba. Kehidupan di ibu kota sememangnya penuh dengan onak duri, dugaan dan godaan, pahit manis menjadikan ada sesetengah manusia yang menghuninya hidup tanpa lagi berlandaskan halal haram. Kisah ini adalah realiti di dalam masyarakat moden hari ini, dan ia berlaku di hadapan mata sendiri. Si suami menatang bagai minyak yang penuh, si isteri terus hanyut di lautan nafsunya dengan lelaki lain.Hakikatnya ini adalah gambaran kehidupan yang benar-benar terjadi. Kisah si isteri curang tanpa pengetahuan si suami. Mungkin ia dilihat suatu yang sudah biasa atau isu basi dalam masyarakat, namun kisah yang ingin dipaparkan kali ini adalah lebih daripada sekadar curang. Bukan niat untuk menjatuhkan maruah dan aib sesiapa, tetapi sebagai umat yang sebangsa dan seagama, aku rasakan biarlah ia dipaparkan. Niat aku hanya untuk menyedarkan wanita yang sudah bergelar isteri, namun hidupnya tak ubah seperti anak gadis liar. Perkenalan dengan Zack (bukan nama sebenar) hampir tiga tahun lalu mendedahkan aku kepada pelbagai pengalaman pahit dan manis. Jiwa dan gelora muda sememangnya hanya mahukan keseronokan. Macam-macam perkara telah dilalui bersamanya. Kami sering berseronok di kelab. Bukan hanya mabuk arak, dadah malah aku dijerat nafsu dek keseksian dan liuk-lentok tubuh mungil wanita-wanita yang selalu Zack bawa bersama. Suatu hari, ketika berseronok di kelab biasa bersama-sama Zack, kami didatangi seorang wanita yang berumur awal 30-an. Seksi dan penuh menggoda. Wajahnya usah diceritalah, lelaki mana yang tidak terpukau dan tergoda. Tetapi melihat gerak-gerinya, tak ubah seperti wanita GRO.
Dia menyapa Zack. “Hi Zack! You nampak happy ni, ada apa-apa ke?” “Eh, Renna. Come! Come! I perkenalkan you dengan Erhan, kawan I,” balas Zack. Aku menghulurkan tangan bersalaman dengannya. Aku terkejut, mana tidaknya, dia menggenggam erat tangan aku. “Hi sayang, just call me Renna. You look so hot!” Renna bersuara.Berderau darah dibuatnya dan jantung berdegup semakin kuat....
Tumpukn Perhatian
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan. “Dalam bidang perubatan, ada dua kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor. Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat,” ujar pensyarah tersebut. Sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat kemudian menariknya semula dan menjilat jarinya itu.“Sekarang, cuba kamu buat,” kata pensyarah itu. Selepas berpandangan sesame sendiri beberapa saat dengan wajah yang ngeri, barulah pelajar-pelajar perubatan itu mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya dengan perasaan jijik.Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata, “Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi, saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk! Sekarang, tumpukan perhatian, faham!!!”Pelajar-pelajar terkedu sambil membetulkan cermin mata tebal masing-masing dan ada juga yang nak termuntah.
Rona Realiti from tajam_akal
SUAMI SETIA, ISTERI GHAIRAH DIULIT LELAKI LAIN
“You know Han, my hubby tu selalu tak ada kat rumah. Dia balik rumah dua minggu sekali.sibuk dengan kerja dia je. I sunyi tau duduk rumah sorang-sorang. I need fun lah. I know my Hubby tu lurus bendul orangnya. Dia tak tahu pun I keluar dengan lelaki lain. Dia percayakan I lah,” jelas Renna selamba. Kehidupan di ibu kota sememangnya penuh dengan onak duri, dugaan dan godaan, pahit manis menjadikan ada sesetengah manusia yang menghuninya hidup tanpa lagi berlandaskan halal haram. Kisah ini adalah realiti di dalam masyarakat moden hari ini, dan ia berlaku di hadapan mata sendiri. Si suami menatang bagai minyak yang penuh, si isteri terus hanyut di lautan nafsunya dengan lelaki lain.Hakikatnya ini adalah gambaran kehidupan yang benar-benar terjadi. Kisah si isteri curang tanpa pengetahuan si suami. Mungkin ia dilihat suatu yang sudah biasa atau isu basi dalam masyarakat, namun kisah yang ingin dipaparkan kali ini adalah lebih daripada sekadar curang. Bukan niat untuk menjatuhkan maruah dan aib sesiapa, tetapi sebagai umat yang sebangsa dan seagama, aku rasakan biarlah ia dipaparkan. Niat aku hanya untuk menyedarkan wanita yang sudah bergelar isteri, namun hidupnya tak ubah seperti anak gadis liar. Perkenalan dengan Zack (bukan nama sebenar) hampir tiga tahun lalu mendedahkan aku kepada pelbagai pengalaman pahit dan manis. Jiwa dan gelora muda sememangnya hanya mahukan keseronokan. Macam-macam perkara telah dilalui bersamanya. Kami sering berseronok di kelab. Bukan hanya mabuk arak, dadah malah aku dijerat nafsu dek keseksian dan liuk-lentok tubuh mungil wanita-wanita yang selalu Zack bawa bersama. Suatu hari, ketika berseronok di kelab biasa bersama-sama Zack, kami didatangi seorang wanita yang berumur awal 30-an. Seksi dan penuh menggoda. Wajahnya usah diceritalah, lelaki mana yang tidak terpukau dan tergoda. Tetapi melihat gerak-gerinya, tak ubah seperti wanita GRO.
Dia menyapa Zack. “Hi Zack! You nampak happy ni, ada apa-apa ke?” “Eh, Renna. Come! Come! I perkenalkan you dengan Erhan, kawan I,” balas Zack. Aku menghulurkan tangan bersalaman dengannya. Aku terkejut, mana tidaknya, dia menggenggam erat tangan aku. “Hi sayang, just call me Renna. You look so hot!” Renna bersuara.Berderau darah dibuatnya dan jantung berdegup semakin kuat....
No comments:
Post a Comment