Sunday, October 21, 2007

isu sensasi..layan..




Lelaki MaskulinFarid & FashaBerkongsi populariti dan ChemistryGandingan mereka memang tepat. Sama-Sama popular, rebutan produksi filem, dikejar ribuan peminat, berbakat besar dan paling penting, gandingan mereka memang serasi. Gelaran hero-heroin generasi baru yang diberikan Kepada mereka berdua amat bertepatan. Mereka antara yang menduduki rating teratas senarai pelakon utama layar perak masa kini. Beberapa buah filem telah menemukan mereka, antara yang terbaru Ialah “Anak Halal” dan “Evolusi Kl Drift”.Farid Kamil dan Fasha Sandha memang punya chemistry untuk bersama di luar mahu pun di depan lensa kamera. Tidak perlu diarahkan bagaimana hendak memberikan gaya yang terbaik kerana mereka cukup bijak mengaturkannya sendiri. Fasha yang sebelum ini terlebih dahulu mencipta nama sebagai model, tak usah dipertikaikan.... begitu jinak bermain dengan kamera. Begitu juga dengan Farid Kamil, yang wajahnya tidak putus ditayangkan di layar perak. Farid memasang impian untuk bergelar peguam sedari kecil, namun tersadai begitu saja. Pemohonannya untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perundangan tidak kesampaian. Sebaliknya dia ditawarkan ke jurusan berkaitan seni lakonan di UiTM, namun ianya disambut dengan separuh jiwa. Langsung tidak ada dalam kotak fikirannya, ke mana langkahnya dengan jurusan ini namun dia tetap tegar meneruskannya hinggalah tamat peringkat diploma. Selepas itu, barulah terbuka layar mindanya. Inilah langkah yang paling mencabar. Rupanya ada rahmat tersembunyi... yang akhirnya memberikan sejalur pelangi yang indah dalam hidupnya. Bergelar anak seni... satu perkara yang tidak pernah terlintas dek akal fikirannya. Namun dia menerima takdir Ilahi yang mengurniakannya bakat terpendam dalam lakonan. “Tujuh tahun yang lalu saya cuma sebagai pelakon pembantu untuk drama bersiri bertajuk ‘Fakulti’. Kini tak sangka, sudah lebih 10 buah filem yang saya bintangi. Dan ia juga memberi petunjuk ke arah tuju saya,” ujar Farid membuka bicara.
from tajam_akal

No comments: