MENARIK & ISU
Terperangkap Dalam Tubuh Lelaki?Disforia Gender: Bukan salah ibu mengandung!
Adakah anda, lelaki yang merasakan diri sebenarnya seorang wanita? Setiap seorang daripada kita dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan secara biologi. Identiti seksual yang terbentuk sedari lahir sebagai lelaki atau perempuan lazimnya konsisten dan tidak akan berubah seumur hidup kita. Namun begitu, ada juga segelintir individu yang dilahirkan dengan jantina lelaki tetapi merasakan yang dia bukan seorang lelaki sebenar, dalam erti kata lain dia seorang wanita yang terperangkap dalam tubuh seorang
Sindrom ini dinamakan disforia gender (gender dysphoria) atau sindrom kekeliruan identiti gender. Sehingga hari ini, bilangan sebenar lelaki yang mengalami disforia gender tidak diketahui kerana stigma yang dikaitkan dengan disforia gender. Dalam masyarakat kita, lelaki seperti ini diberi label negatif seperti mak nyah atau pondan.Yang pasti, mereka yang mengalami disforia gender perlu dibantu agar tidak menghadapi tekanan perasaan serta depresi yang teruk. Mengutuk serta menghina mereka juga tidak produktif kerana masalah sebenar masih tidak dapat diselesaikan. Tambahan pula, untuk setiap mak nyah atau pondan yang dikenalpasti terdapat ramai lagi lelaki yang terpaksa melalui pelbagai dilema dan konflik disforia gender dalam diam.Kerana proses sosialisasi dan kawalan keluarga, ramai remaja lelaki yang mengalami(bukan ‘menghidapi’ kerana masalah ini tidak dikategorikan sebagai penyakit) disforia gender berupaya untuk menahan naluri mereka sebagai wanita. Tetapi, penyelidikan di negara Barat menunjukkan bahawa 75% dari lelaki ini akan berubah dan menjadi homoseksual atau biseksual apabila mereka semakin dewasa. Pada masa yang sama, seperempat lelaki yang mengalami disforia gender akan cuba menutup naluri mereka dengan menjalinkan perhubungan dengan wanita, kemudiannya berkahwin dan membina keluarga seperti lelaki biasa. Dalam diam, mereka ini berharap bahawa naluri atau kecenderungan jantina berlawanan mereka akan berkurang dan semakin hilang dengan bertambahnya usia. Sayangnya, ‘usaha’ ini tidak selalu berjaya dan seorang lelaki yang mengalami disforia gender masih tetap mahu merasai pengalaman sebagai seorang wanita, waima secara rahsia. Tabiat ini jarang dapat dihilangkan hingga ada di antara mereka akhirnya meninggalkan keluarga untuk hidup bersendirian, malah ada sebilangan kecil yang bertindak lebih drastik dengan membunuh diri atau menjalani pembedahan penukaranjantina secara haram.