Sunday, June 1, 2008

Wednesday, March 19, 2008

Bicara Mac 08'






MENARIK & ISU




Terperangkap Dalam Tubuh Lelaki?Disforia Gender: Bukan salah ibu mengandung!
Adakah anda, lelaki yang merasakan diri sebenarnya seorang wanita? Setiap seorang daripada kita dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan secara biologi. Identiti seksual yang terbentuk sedari lahir sebagai lelaki atau perempuan lazimnya konsisten dan tidak akan berubah seumur hidup kita. Namun begitu, ada juga segelintir individu yang dilahirkan dengan jantina lelaki tetapi merasakan yang dia bukan seorang lelaki sebenar, dalam erti kata lain dia seorang wanita yang terperangkap dalam tubuh seorang


Sindrom ini dinamakan disforia gender (gender dysphoria) atau sindrom kekeliruan identiti gender. Sehingga hari ini, bilangan sebenar lelaki yang mengalami disforia gender tidak diketahui kerana stigma yang dikaitkan dengan disforia gender. Dalam masyarakat kita, lelaki seperti ini diberi label negatif seperti mak nyah atau pondan.Yang pasti, mereka yang mengalami disforia gender perlu dibantu agar tidak menghadapi tekanan perasaan serta depresi yang teruk. Mengutuk serta menghina mereka juga tidak produktif kerana masalah sebenar masih tidak dapat diselesaikan. Tambahan pula, untuk setiap mak nyah atau pondan yang dikenalpasti terdapat ramai lagi lelaki yang terpaksa melalui pelbagai dilema dan konflik disforia gender dalam diam.Kerana proses sosialisasi dan kawalan keluarga, ramai remaja lelaki yang mengalami(bukan ‘menghidapi’ kerana masalah ini tidak dikategorikan sebagai penyakit) disforia gender berupaya untuk menahan naluri mereka sebagai wanita. Tetapi, penyelidikan di negara Barat menunjukkan bahawa 75% dari lelaki ini akan berubah dan menjadi homoseksual atau biseksual apabila mereka semakin dewasa. Pada masa yang sama, seperempat lelaki yang mengalami disforia gender akan cuba menutup naluri mereka dengan menjalinkan perhubungan dengan wanita, kemudiannya berkahwin dan membina keluarga seperti lelaki biasa. Dalam diam, mereka ini berharap bahawa naluri atau kecenderungan jantina berlawanan mereka akan berkurang dan semakin hilang dengan bertambahnya usia. Sayangnya, ‘usaha’ ini tidak selalu berjaya dan seorang lelaki yang mengalami disforia gender masih tetap mahu merasai pengalaman sebagai seorang wanita, waima secara rahsia. Tabiat ini jarang dapat dihilangkan hingga ada di antara mereka akhirnya meninggalkan keluarga untuk hidup bersendirian, malah ada sebilangan kecil yang bertindak lebih drastik dengan membunuh diri atau menjalani pembedahan penukaranjantina secara haram.

Friday, February 8, 2008

Friday, November 23, 2007

Sunday, October 21, 2007

Remaja owh remaja...



Rasa Kebebasan Remaja

Pada usia remaja sangat memerlukan kebebasan emosional dan material. Kematangan dalam bidang fizikal atau tubuh mendorong remaja untuk berdikari dan bebas dalam mengambil keputusan untuk dirinya sehingga remaja terlepas dari emosi ibu bapa dan keluarga. Ramai ibu bapa tidak memahami keinginan yang tersimpan di dalam jiwa remaja, sehingga membatasi sikap, keperibadian dan tindakan-tindakan mereka, dengan alasan merasa belas kasihan dan lain-lain. Dengan cara ibu bapa sedemikian remaja merasa dirinya tidak dipercayai oleh orang tuanya, akibatnya remaja yang tidak memahami akan hakikat dirinya sendiri akan memberontak dan melawan kepada kedua ibu bapa.
Remaja yang beriman akan mengerti bahawa rasa kebebasan yang timbul dari dalam dirinya itu bukan selamanya harus dituruti, tetapi harus diatasi dengan cara yang bijaksana. Memang betul dalam satu aspek remaja memerlukan kebebasan untuk menentukan keputusannya, namun dari aspek lain remaja masih memerlukan orang tua untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Jadi berfikirlah secara positif agar tuntutan dalam diri itu tidak mengalahkan tuntutan dan kehendak mulia orang tua terhadap diri anaknya. Jika ini dapat diatur secara efektif maka tidak akan timbul konflik kejiwaan dalam diri seorang remaja.

Rasa Kekeluargaan Remaja

Sebetulnya keperluan remaja terhadap kebebasan diri sendiri dan ingin berdikari itu bertentangan dengan keperluannya untuk bergantung terhadap ibu bapanya. Gejolak jiwa tersebut membuat remaja merasa tidak aman, kerana dari satu aspek ia sangat memerlukan keluarganya, namun dari segi yang lain dia ingin berdakari. Pengalaman kejiwaan semacam ini menyebabkan remaja menjadi bingung dan tidak menentu. Bagi remaja yang mengerti peristiwa yang sedang menimpa jiwanya dia akan berhati-hati dalam mengmbil sebarang tindakan, sehingga ia akan menjadi remaja yang tidak tertekan perasaan.
Rasa kekeluargaan dalam diri remaja ini bukan saja terjadi dalam lingkungan ibu bapa dan sanak saudara, tetapi juga pada kelompok teman seperjuangan, organisasi, sukan dan lain-lain. Jika perasaan ini disemai dengan baik, maka remaja tidak akan mengalami stres dan tekanan perasaan dan menjadikan kecenderungan jiwanya itu ke arah yang positif.

Kehidupan Sosial Remaja

Remaja sangat memerlukan agar kehadirannya diterima oleh orang-orang yang ada dalam lingkungannya, di rumah, di sekolah ataupun dalam masyarakat di mana ia tinggal. Rasa diterima kehadirannya oleh semua pihak ini menyebabkan remaja merasa aman, kerana ia merasa bahawa ada dukungan dan perhatian terhadap dirinya. Perkara ini merupakan motivasi yang baik bagi diri remaja untuk lebih berjaya dalam menghadapi kehidupannya.
Penerimaan masyarakat terhadap diri seseorang berperanan dalam mewujudkan kematangan emosi. Pada umumnya remaja sangat peka terhadap pujian dan cacian disekitarnya sehingga menyebabkan remaja mudah tersinggung. Jika ini terjadi remaja hendaklah memahami bahawa tidak semua manusia itu dalam keadaan serba baik, kemungkinan kesilapan yang dilalakukan oleh masyarakat sekitar itu dapat mendorong kita lebih matang dalam menghadapi masalah. Remaja juga harus menyedari, kemungkinan juga cacian dan celaan itu timbul kerana kesalahan dari pihak remaja sendiri. Bagi remaja yang beriman akan menghadapi suasana sosial semacam ini dengan lebih tenang dan sabar, sehingga ia akan menjadi remaja yang berhasil dan cemerlang.

lawak idea baru...



Satu Minit Tiga Kali Malu from tajam_akal


Satu Minit Tiga Kali MaluAlkisah ada seorang budak bandar (city boy/org asli KL katakan) yang bernama Fat Joe. Dia yang dibesarkan dalam kehidupan moden telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan seorang perempuan kampung.Seperti biasa, pengantin lelaki mesti tinggal kat rumah isteri lepas akad nikah sementara menunggu majlis persandingannya. Jadi duduklah Fat Joe dengan isterinya... malam pertama.. Si isterinya pun mengajak Fat Joe makan malam bersama keluarganya.. kebetulan ramai pulak sedara mara isterinya di rumah pada masa tu.. ye laa nak sambut menantu.. ramailah sedara mara.Si Fat Joe yang memang seumur hidup tak penah pakai kain pelikat kat rumah telah diberikan sehelai kain pelikat untuk dipakai malam tuh.. maka dipintal-pintal secukup rasa ajelah kain pelikat yang dipakainya tuh..Adat makan dikampung bersila.. Fat Joe ni pulak tak biasa bersila.. city boy.. makan di meja.. Oleh kerana keluarga semua sedang menunggu..terpaksalah Fat Joe ni memaksakan kakinya duduk bersila...Sedang terkial-kial dan tertonggek-tongggek nak bersila tu.. tah macamna terKENTUT pulak Fat Joe depan keluarga isterinya... Satu keluarga yang sedang bersila tergamam..Fat Joe yang nak 'cover' malu terus menekup mulutnya sambil ketawa kecil.. "EHEK.." dengan serentak.. keluarlah HINGUS Fat Joe meleleh di hidung...Punyalah nak 'cover' hingus dia tuh... diangkat pulak kain pelikatnya nak lap hidungnya... !! Maka terjulurlah Awang Liku si Fat Joe yang sedang tidur sambil direnung oleh sanak saudara isterinya yang sedang terkejut... Maka tamatlah cerita Si Fat Joe "SATU MINIT.. 3 KALI MALU.."
Mengintip Pengantin Baru
Suatu malam aku dan teman mengintip jiran sebelah pasangan pengantin baru pada jam 12 malam, terdengar suara pengantin perempuan bersuara:
"Bang! cepat lah bukak! I nak rasa ni bang"
Tiba-tiba terdengar pengantin perempuan teriak "Aduh!".
Lalu aku dan teman ku tak sabar lalu panjat dan mengintip, rupa-rupa nya mereka sedang kopek durian...! dah!...bikin aku dan teman suspen aja!

Wak vs Doktor mat salleh


Cerita ni berlaku pada zaman omputeh dulu waktu tu dah merdeka kot, ada sorang wak datang ke hospital kerana 'anunya' sakit pada waktu tu doktor kebanyakkannya mat salleh sedangkan wak ni mana reti nak cakap omputeh, masa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan maka berkatalah wak,
Wak: doktor... sakit... aduhhhh... sakit...... (sambil memegang anunya)
Doktor: WHAT!!!! (sambil menahan marah)
Wak: aduhhhh... doktor sakit..... aduhhhhhhh...... sakit.... (sambil memegang & menggoncang-goncangkan anunya lagi)
Doktor: Crazy old man, suck it yourself.
kata doktor omputeh tadi sambil pergi dari situ....